TIPS PERSEDIAAN KE HO CHI MIN CITY (SAIGON)
Assalammualikum , hai
Post harini berkisar tentang tip-tip yang perlu korang sediakan sebelum dan semasa korang ke ho chi min. tapi sebelum itu , sebagai warga unisel saya ingin mengucapkan selamat kepada alumni yang telah "berkonvo" pada sabtu hingga isnin lepas.
tahniah :)
1) Duit
- korang tak payah lah susah2 nak tukar duit ke USD . untuk rakyat malaysia, bawak RM dah memadai . tapi, duit VND pon kena tukar jugak . sebab tak semua tempat terima RM . area ben than market dan malaysia street terima RM. kalau korang guna USD maybe dieorg akan charge lebih. Rugi. Tukar duit di Vietnam lebih bagus berbanding tukar kat malaysia.
2) Planning
- korang kena betol2 plan apa yang korang nak buat. kalau korang datang memang untuk shopping so cari lah tempat2 shooping kat vietnam . memang banyak ! kalau korang datang nak tengok culture , korang boleh ikot itinerary aku kat post yg lepas. nanti takde lah korang terpinga2. sometime korang perlukan tour guide. paling murah so far kat malaysia street , kat area saigon pink hotel.
3) Makanan
- aku muslim, of coz aku cari makanan halal. so far agak susah cari makanan halal . kecuali di sekitar ben than market dan malaysia street. tempat makan paling murah - aku boleh recomend halal amin. murah2 pon skli makan 20RM jugak. recomended - mee pho dan kopi. kopi die memang kena try walaupun sekali. tak rasa rugi.
4) scammer
- hurmmm, tang ni kena hati2 lah . jaga diri sebab kita tak tau bahaya apa yang akan datang . sebab lain orang lain pengalamannnya. ada yang kena culik, ragut, dan macam2 lagi , tapi aku alhamdulilah tak kena apa2 yang series . setakat kena marah kat ben than tu biasa lah . hahaha pekak kan telinga .
5) bahasa
- bahasa utama ialah bahasa kebangsaan dieorg sendiri. tak semua orang gunakan bahasa english . tapi kat malaysia street dan area ben than market , korang boleh gunakan bahasa melayu ;)
pergi ke Vietnam tak memerlukan visa . tarikan HCM adalah shooping, so maknanya city tour dan lain2 aktiviti tu adalah sampingan sahaja. Peluang bagus kalau nak dapatkan barang dengan harga murah dan jual di malaysia. boleh buat bisnes :)
ok rasa itu je tips yang perlu dilakukan . Pertanyaan boleh di komen , atau ada yang berbaik hati nak tambah point , dipersilakan. Selamat mengembara :)
Comments
Post a Comment