Intro Boracay Philippines
Hai semua Assalammualaikum , Alhamdulilah diberikan nikmat kehidupan, kesihatan yang berpanjangan dan macam-macam nikmat lagi yang tak terucap di bibir. Alhamdulilah syukur. Untuk post harini , saya terajin untuk menaip post trip saya yang terbaru. Boracay! Fyi Boracay adalah tempat pertama dalam bucketlist saya yang tersangatlah menjadi idaman selepas Makkah. Mungkin disebabkan betapa sukanya saya terhadap bahasa tagalog dan tiba-tiba tersuka dengan negara Filipina. Pengaruh telenovela mungkin haha. Tapi Boracay bukanlah tempat pertama backpacking saya atas sebab beberapa fakor contohnya harga tiket yang mahal. Tahun 2016 saya cek, return 400^ dari AA. So saya tak mampu almaklumlah , student lagi. Trip kali ni , saya pergi dengan 2 orang sahabat. Tapi setelah kami book flight dan hotel bersama, salah seorang dari kami terpaksa berundur kerana komitmen. Life must be go on, so kami on walaupun berdua. Dengan bajet 800RM, saya mulakan pengembaraan saya selama 4hari 3malam ...