Buku Baru 2017
Assalammualaikum dan hi semua,
sepatutnya post ni dipost pada 31 december haritu . Tapi apakan daya , sibuk dengan praktikal dan final exam . So, i have to be focus :)
2016 dah pon meninggalkan kita . 2017 datang membawa lembaran baru dalam kehiduan . Ntah apa lah agaknya cabaran yang akan kita hadapi selama 365 hari ni . Mudah mudahan dipermudahkan . Amin ..
Bercerita pasal 2016 , banyak cerita suka dan duka dah pon kita lalui . Pahit , manis , suka dan duka . Alhamdulilah masih hidup hingga kini dan diberi kesihatan yang berpanjangan . Cerita 2016 , Aku buka cerita dengan pergi travell solo ke Krabi Thailand . This trip , aku combine kan sekali dengan Hatyai 5 hari 4 malam . Kalau korang nak itinerary solo ke Krabi menggunakan jalan darat dan bajet menggunakan bas , boleh cek kat post aku yang ni ---- Itinerary Krabi - Hatyai solo 5h4m (klik)
Lepas tu , sambung ke Yogyakarta Indonesia . Pon solo trip jugak selama 5hari 4malam . Trip ni kira basic je lah sebab aku cover borobudur , gunung merapi , pantai timang , goa pindul , dan macam2 lagi . jika nak itinerary lengkap dan budget , boleh acess kat post ni ----- itinerary, budget dan tips solo trip ke yogyakarta(klik) Budget sangat padat dan semua orang boleh travel dengan semurah ini .
Dan penutup 2016 , aku akhiri pengembaraan ke Ho Chi Min City Vietnam atau dikenali sebagai Saigon . Trip ini aku pergi dengan kawan2 . so tak solo . bajetnya jadi lebih murah . Kalau korang nak tau macam mana iti aku kat sana , boleh baca kat sini . aku kena scam , aktiviti yang aku buat kat sana ---- ITINENARY BAJET 4H3M HO CHI MIN CITY (SAIGON)(klik) Dan sesiapa yang pertama kali nak ke HCM dan nak tips keselamatan , persediaan untuk ke HCM including cara nak elak scam atau penipuan boleh baca tips kat sini ---- TIPS PERSEDIAAN KE HO CHI MIN CITY (SAIGON)(klik) . ...
Itu lah dia penutup kembara muda secara solo untuk tahun 2016 . Untuk tahun 2017 mungkin akan di kecilkan kepada 2 kali setahun memandangkan ekonomi yang tak berapa baik :) Bagaimanapun mudah2 diberi kelapangan dan peluang untuk terus mengembara . Aminn ...
Macam mana aku boleh minat untuk menulis blog ? Dan bila aku mula menulis blog ? boleh baca kat sini ---- Bermulanya pengembara muda(klik) ..
ok guys , aku berharap agar 2017 merupakan tahun yang memberi keuntungan kepada kita , di tingkatkan tahap keimanan , diberi kesejahteraan dan kesihatan yang berpanjangan . Dan mudah-mudahan segala peperangan yang berlaku kat atas muka bumi ni dapat ditamatkan . amin .. Assalamualaikaum :)

Comments
Post a Comment