Assalammualaikum, selamat sejahtera dan selamat pagi :)
so , post lewat malam nak ke pagi hari sabtu pukul 12 malam. Biasanya, orangtua-tua kaitkan pukul 12 malam dgn hantu. Ada jugak rasa macam ngeri-negeri bacang ! tapi walauapa pon belaku post yang kedua ni kena siap jugak . macam biasa lah bak kata lect aku "korang kalau update blog panjang menjela boleh, aku suruh buat short essay pasal jantung semua malas. Derhaka betol". hihihi , sory madam.
Post yang kedua ni lewat sikit sbb aku terikat dgn aktiviti "communty service" kat kampus unisel.
Bila orang dah amanah kan kita untuk manage satu program kita kena lah buat bersungguh-sungguh. alhamdululah dah settle . walaupon penat tapi rasa berbaloi jugak lah. (pengarah program) cewahhh :3
Tujuan aku pada hari ni bukan lah nak ulas pasal proram tu, tapi aku nak sambung cerita dan pengalaman trravell backpack pertama aku. Jadi peraduan teka dan menang dah abis. hadiah burn untuk diri aku sendiri. Jadi macam mana aku boleh travell sensorang ? tak takut ke ? banyak tak risiko ? banyak duit kau ! macam mna nak pergi ? dan macam-macam lagi lah.
Soalan pertama, macam mana aku boleh travell sesorang. Act, aku seorang student nursing swasta, jadi program aku ni sangat lah busy, jadual padat dan setiap semester kita kena pergi posting. 2 1/2 bulan kita kna siapkan silibus, 1 minggu cuti dan selebihnya kat hospital untuk posting. memang penat gila beb. penat fizikal dan mental. orang nampak macam senang tapi semua tu aku yang lalui. Aku tau lah . marah sikit :D .
So bila dah penat, lect subjek psycology aku suggestkan untuk pergi spa . Relax kan badan. Haa, kat sinilah fikiran kotor aku bermula. hihihihi. Masa kat hospital sambil buat dressing "AKU NAK PI BERCUTI" -semua pandang- . "sory terbising". Bila dah ada cita-cita dan azam, aku mulakan lah searching, survey dan macam2 lagi lah. So "Krabi" menjadi pilihan.
Next, soalan kedua. tak takut ke? jawapannye. Takutt. macam2 jenis takut yang timbul. takut accident, takut kne rompak, takut sesat, takut kantoi dgn family dan macam-macam lagi. Tapi, dengan azam dan kejantanan yang ada aku redah lah juga. Masa dalam bas dari TBS ke Hat Yai, aku mesej semua orang dalam wassup. Mohon doakan. Sebelum naik bas aku solat dulu. Kot2lah klu terjadi apa2. "MATI DALAM IMAN". Kalau korang search dlm google. banyak betol kemalangan yang berlaku dlm perjalanan ke Bukit Kayu Hitam. Makin seram jantung ni ah.
Soalan ketiga. banyak tak risiko? banyak tu memang lah banyak. sebab aku pergi sendiri dan aku tak inform family. pergi senyap-senyap je. Rasa menyesal tapi alhamdulilah takda apa-apa yang berlaku. syukur :)
Seterusnya, banyak duit kau! kepada mala, yaya dan sue . Bak kata pro-pro kaki travell "bukan sebab banyak duit, tapi sebab tak pandai manage duit". haaa, terus aku terinspirasi. Kumpul duit sendiri. So pergi ke krabi tak lama dalam 3h2m je. Abis jugak lah dalam rm700.
letih jugak eh update blog ni . soalan kelima. macam mna nak pergi krabi ? ok senang je . tapi kna pandai buat research ye. Dan rajin paling penting. Mula-mula, aku booking tiket bas dan hotel. bas kat e-tiket dan hotel kat agoda. Bas aku bli malam pukul 11 dari TBS. Bila dah sampai harinya, aku just naik je bas tu . tak payah buat apa2. Bila dah berhenti kat sempadan BKH, turun untuk pi imigresen. sekejap je . lps tu naik bas lagi untuk pi Imigresin thailand pulak. tapi aku diajar satu trick klu taknak ada masaalah masa kat imigresin thai. PM :D hihi. lps dah cop. naik bas semula dan dieorang akan bawak kita ke Hatyai. Masa aku pergi tu, aku pakai bas sri maju. Dieorg dropkan aku kat Agensi dieorang. Davis tour. Bila dah sampai, pi check in hotel kat sekitar Hatyai satu malam je . murah 200 bath thailand. Panjang nak cerita. Any question let me know ok.
ok rasa nya sampai situ saja lah cerita hari ni. Sebarang pertanyaan atau nak share dengan saya boleh lah chat2. Ok thank you .
sedikit Bingkisan. Have a nice day all. :D
Comments
Post a Comment