Travel ke Kuala Lumpur macam "PRO"

Hi Assalammualaikum , Bismillah :)
ya i know ! dah lama tak post entry , tak balas komen dan tak melayan korang . So sorry for that . haha sometimes ada masa kita terlampau busy dengan hidup kita . Either memikirkan masa depan , pinjaman yang membebankan or memikirkan lepas ni nak travel kemana . Kan ? hihihi

Jadi , untuk entry kali ni aku terfikir , dah 3 tahun lebih kat KL tapi tak pernah pon nak explore kl macam traveller dari negara luar . So why not ? i grab my backpack dan teros jalan . Biasa tengok kat youtube je mat2 salleh atau sahabat2 dari negara luar datang melawat KL . Tak kiralah dari Indonesia ke , US ke , rata2 enjoy trip dieorang ke KL . So apa yang best kat KL ni selain banggunan pencakar langit ?

Mungkin entry ni tak sesuai untuk "rakyat" KL tapi mungkin boleh jadi bahan rujukan untuk kawan kawan dari negeri lain macam Kelantan , Penang , Johor dan negeri2 lain. Atau nation wide macam rakyat Indonesia , Singapore , China , Bangladesh dan sebgainya . hahaha sila google translate sendiri kalau berlainan bahasa . ye kawan2 . Saya cuba untuk menggunakan bahasa dan perkataan yang mudah .

Back to the topic , so how travel to Kuala Lumpur like a pro ? Macam mana kita nak mengembara ke KL macam pro ? Definisi PRO bagi saya ialah master dalam sesuatu perkara . Yes . Dengan masa yang singkat , bajet yang sedikit , less effort dan yang paling penting tak membebankan . Selain tu , entry ni sangat sesuai untuk kawan2 yang mungkin ada long layover di KL airport dan tak tau nak buat apa . Duduk airport lama2 bosan jugak kan . So apa kata explore lh KL dulu . Jom :)


Saya excited untuk kongsi entry ni sebab apa , sebab saya rasa entry ni sngt pro tau . Rupa rupanya kita tak perlukan 3 hari 2 malam untuk explore KL . Untuk explore Kuala Lumpur , kita hanya perlukan selama 5 jam dan tak sampai sehari pon . wahhhh ! pro kan . Bajet yang saya gunakan pon tak lebih dari RM10 (marketing) hahaha

INFORMATION :
1) Kuala Lumpur merupakan ibu negara Malaysia manakala Putrajaya adalah pusat pentadbiran kerajaan .
2) Jika anda dari KLIA/KLIA2 , anda boleh mengunakan beberapa kaedah :
     - KLIA Express (RM55) direct route dari klia ke KL sentral . Sangat cepat .
     - Bus (RM10) direct route ke KL Sentral
     - KLIA Transit , uber , grab dan macam2 kaedah lagi . Yang penting kena rajin search lah ye .               hurm hurm 
3) Kalau korang memang dah kt KL , saya cadangkan gunakan route ni . Contohnya korang dari KL sentral :
     - Board KTM untuk aliran Tanjung Malim/Batu Cave (RM1><) dan turun di station Kuala                     Lumpur
     - Gunakan bas GoKL (FREE) untuk ke masjid negara .

Route saya haritu , 
Shah Alam (KTM) - Kuala lumpur (KTM Station) - Masjid Negara - Dataran Merdeka - Masjid Jamik - Mid Velly - Pantai Dalam (balik rumah)

Shah Alam - Kuala Lumpur (KTM Station)
Transportation : KTM Berhad
Charge : RM3.00 (TnG) / RM3.20 bayaran tiket kaunter .
Masa menungggu : 20-30 minit peak hour , 1 jam untuk normal hour.
Masa perjalanan : 30 minit

Kuala lumpur (KTM Station) - Masjid Negara
Transportation : Berjalan saja . keluar dari station Kuala Lumpur belok kiri . Kalau kanan nak ke Pasar Seni/Kota Raya . Kalau dari KL Sentral , boleh tros ke masjid negara gunakan bas GoKL . Selepas belok kiri terus saja sampai nampak masjid negara yang berbumbung warna biru . Turun tangga untuk ke seberang jalan macam lorong . kalau tak pasti , boleh tanya pakcik guard yang jaga . nanti dieorg tunjukkan .
Charge masuk : Free with proper attire . kalau tak proper , penjaga suruh korang pakai jubah . disediakan secara percuma . 
What to do : ambil gambar , relax , mengenali islam , dengar ceramah , dan macam2 aktiviti yang disediakan . 

- Pemandangan dari dalam masjid negara .

- Jubah yang disediakan . 


Masjid Negara - Dataran Merdeka
Transportation : berjalan juga . Dari masjid negara belok kiri untuk terus ke dataran merdeka . kalau confuse boleh minta tlg guard yang bertugas disana dan mereka sedia membantu . Masa yang diambil untuk berjalan kaki adalah kurang daripada 10 minit . Sepanjang jalan mungkin akan ada spot yang agak sunyi . So just keep in mind , berhati-hati dan sentiasa allert .
What To Do : ambil gambar didataran merdeka , muzium tekstile , melawat bangunan sultan Abdul Samad , KL Gallery , dan melepak sambil makan-makan dipadang dataran merdeka .
- KL Gallery
- Bangunan Sultan Abdul Samad

Dataran Merdeka - Masjid Jamik
Transportation : Hahah jalan kaki juga . dari padang dataran merdeka , melintas jalan untuk ke seberang jalan menuju ke bangunan Sultan Abdul Samad . Jalan terus smpi nampak bumbung masjid Jamik . itu sahaja . simple kan . haha 


What To Do : seperti biasa kalau sudah dimasjid , mesti lah sembahyang . Tapi ada satu tarikan terbaru di area masjid jamik iaitu , river of life . air pancut dari sungai klang yang menari-nari macam yang ada di Homg Kong tu . Lebih kurang lah  hihi 
ini dia river of life yang ada di masjid jamik.

Masjid Jamik - Mid Velly - Pantai Dalam (balik rumah)
Selepas habis berjalan , saya terus keluar dari masjid jamik menuju ke Masjid India dan terus berjalan sehingga ke kedai Kamdar untuk ambil bas GoKL . Bas GoKL adalah perkhidmatan bas percuma dan anda boleh pergi ke destinasi anda secara free . hiihi . 

jalan menuju ke masjid india
bas gokl percuma .

Jadi , betol tak apa yang saya cakapkan ? tak perlu bermalam di KL pon dah boleh melawat KL dgn pro . hihi . Selamat mengembara .





Comments

Topic Lain

itinerary, budget dan tips solo trip ke yogyakarta

TIPS PERSEDIAAN KE HO CHI MIN CITY (SAIGON)

Buku Baru 2017