EP 2 : Hari kejadian
Day 1 : Hari pertama pengembaraan di Boracay Filipina (KUL-KLO-BORACAY).
Amaran! Ini adalah post panjang story mory mak jemah
Lol!
Wazzup guys Assalammualaikum,
Tak sangka penat betol nak menaip ni ye! Rasa macam nak upah orang
pulak untuk menaip haha. Saya baca die type! Salute pada blogger yang lain. Ada
yang ckp, klu malas nk menaip buat jelah vlog. Makaih, kita sedar diri kita
siapa, blom glamour lagi nak bervlog bagai haha.
Anyway, sambung cerita pada hari pertama iaitu sebelum dan pada hari
kejadian.
So sebulan sebelum trip ni, saya dh bercadang nak ke Boracay secara
solo setelah saya ternampak dan terbook, saya ulang TERBOOK tiket ke Kalibo
seharga 280RM pergi dan balik menggunakan penerbangan (AK) Air Asia. Lepas book
tu baru tersedar dan bermula lah episod paranoid dalam diri. Membazirlah, tak
sayang duitlah, membazir masa lah, boring lah dan macam-macam lagi. Jangan
kecam! Dalam episod paranoid tu, sempat lagi up status di wechat (bukan budak
wicet) gambar tiket flight. Haha kejikan. So adalah seorang sahabat bertanya
dan bersetuju nak ikot sekali. So no solo this time, horayy! Dah alang-alang
berdua, baik ajak ramai lagi untuk memeriahkan majlis hahaha. Dapat lah tangkap
lagi seorang. Pancingan berjaya! Lps tu dieorg pon book lah flight dan book 1
bilik hotel share bertiga. Tubuhkan group wassup walaupun Cuma bertiga haha.
Tbh, group tu tak berhenti dengan wassup sebab semua orang excited tahap gaban.
Hari-hari kami berchat tanpa bosan walaupun sebenarnya kami dari kampung yang
sama dan membesar sama-sama. Jarak travel Cuma sebulan kami dh excited tahap
gaban, klu 5 bulan macam budak-budak free seat tu tak taulah kami jadi apa.
Haha.
Beberapa minggu lepastu, seorang dari kami terpaksa berundur kerana
masalah komitmen dan dengan rela burn tiket flight dan hotel. Ruginya! Kami berdua terpaksa re-do our plan dan kami
decide utuk gunakan perkhidmatan Josh Balindress sebab lebih jimat since hanya
kami berdua. Ya, ini bukan trip backpacking. Ini tourist! Huaaaa... :’(
Pada hari kejadian, kami gunakan bas skybus dari KL Sentral ke KLIA2
prebook dari laman web AA berharga 17.90RM (return). Klu walkin pon boleh, tapi
di charge sebanyak 10RM on-way. AA gunakan pesawat A32O untuk perjalanan selama
4 jam. Flight kami pukul 10.50am dan dijangkan sampai pada jam 2.45pm. Tapi AA
delay selama sejam menyebabkan schedule kami lari sikit. Dalam flight tu
berbual-buallah dengan sahabat ni untuk hilangkan mengantuk dia (mmg suka
membuta haha). Dalam sembang pasal Josh dan pakej-pakejnye, terjumpa lagi other
tourist yang gunakan pakej Josh jugak haha. Duduk sebelah je rupanya. Ok at
least tak pishang sngt. Baru tau, ada 4 group yang gunakan service Josh ni.
Semua setuju nak jadi satu group dan gerak sama2. Hihi so kami dari berdua
menjadi kepada 7 orang. Yeayyy! Startlah berkawan tapi hotel still pisah2 sebab
semua dh book awal2.
Ini apa yang kami lakukan dan budget pada hari pertama :
·
KUL-KLO by Air Asia (RM280 inc
airport tax in Kalibo), skybus pre-book RM17.90 return. Di Kalibo airport takda
laluan untuk keselamatan scan beg Cuma ada laluan imigration sahaja. Disebabkan
airport dieorg kecik, isi siap2 arrival card masa dalam flight yang pramugari
bagi untuk elakkan kesesakan dlm airport yang sngt ramai org tapi kaunter
iminye sikit. Beg akan discan setelah smpai di Jetty menuju ke Boracay. Ya weird
kan haha.
·
KLO-BORACAY menggunakan
perkhidmatan Josh dengan bayaran sebanyak 1000PHP. Termasuk van dari Kalibo
airport - Jetty Boracay yang mengambil masa selama 2jam. Sambil-sambil tu boleh
cuci mata pemandangan kampung orang Philippines dan pemandangan yang cukup
menawan. Kalau korang pergi sendiri, Bila sampai di Jetty korang kna bayar 3
jenis fees iaitu enviromental fees, speed boat dan terminal fees yang berharga
200PHP. Kaunter bayaran adalah lain2 so maknanya ada 3 kaunter tapi tak jauh
pon. Sebelah-sebelah je. Tapi kalau dgn Josh ni, 1000PHP tu dh termasuk semua
jenis bayaran dari airport smpi dpn pintu hotel die bawakkan. Return ye ! pergi
dan balik. Takda extra charge dh. Murah kan ?
·
Bila sampai di Boracay, nak acess
ke hotel blh guna tricycle yang berharga 50PHP seorang. Sampai hotel dh gelap.
Tak blh buat apa2. Boracay gelap lebih awal, lebih kurang pukul 5ptg. Manakala,
sejam lebih lambat dari waktu Malaysia. Utc+7.
pemandangan Boracay.
·
Josh blh bawak ke restoran makanan
halal yang murah. Malam tu dinner 100PHP makan nasi putih dan udang masak gula
hahaha >_< gila manis udang tu hahaha. Malam tu jugak bincang nak buat
apa untuk aktiviti dan bayarannya. Nego-nego, bincang-bincang dapatlah pakej
die dengan harga 6000PHP.
·
Pakej 6000PHP termasuk ini:
- ATV Ride
- Spiderman zipline
- Mount luho acess (boleh tengok 360° of Boracay)
- Helmet diving
- Parasailing dan paraw sailing (sunset)
- Island hoping
- Dan makan.
·
Lepas tu , Josh hantar kami balik
hotel. Nak tau siapa Josh boleh tekan sini (post blom siap hihi)
Cost breakdown hari pertama dan cost pre-travelling.
Flight (RM280) + Hotel (RM100) + Bus (RM18) + Josh fees (1000php/RM70)
+ Pakej (6000php/RM450) = RM 918.
Jumpa korang dihari kedua. Chao!

Comments
Post a Comment