Intro Boracay Philippines
Hai semua
Assalammualaikum ,
Alhamdulilah diberikan nikmat kehidupan, kesihatan yang berpanjangan
dan macam-macam nikmat lagi yang tak terucap di bibir. Alhamdulilah syukur.
Untuk post harini , saya terajin untuk menaip post trip saya yang
terbaru. Boracay! Fyi Boracay adalah tempat pertama dalam bucketlist saya yang
tersangatlah menjadi idaman selepas Makkah. Mungkin disebabkan betapa sukanya
saya terhadap bahasa tagalog dan tiba-tiba tersuka dengan negara Filipina.
Pengaruh telenovela mungkin haha. Tapi Boracay bukanlah tempat pertama
backpacking saya atas sebab beberapa fakor contohnya harga tiket yang mahal.
Tahun 2016 saya cek, return 400^ dari AA. So saya tak mampu almaklumlah ,
student lagi.
Trip kali ni , saya pergi dengan 2 orang sahabat. Tapi setelah kami
book flight dan hotel bersama, salah seorang dari kami terpaksa berundur kerana
komitmen. Life must be go on, so kami
on walaupun berdua. Dengan bajet 800RM, saya mulakan pengembaraan saya selama
4hari 3malam dibumi Filipina.
Untuk trip kali ni, saya nak bahagikan post ni pada beberapa bahagian
supaya meriah sikit blog saya ni. Kalau tak suram je, post pon tak banyak. Boring!
Ep 1 : Pre-Backpacking (original plan itineraray dan budget 800RM)
EP 2 : Hari kejadian
Day 1 : Hari pertama pengembaraan
di Boracay Filipina (KUL-KLO).
Day 2 : ATV, Zipline,
Helmet diving.
Day 3 : Puka beach,
Jonah’s fruitshake, Willys rock dan kawasan sekitar station 2.
Day 4 : Perjalanan balik
(KLO-KUL).
EP 3 : Siapa Jane dan Josh ?
EP 4 : Tips dan Trick bajet student.
Jangan lupa singgah di setiap post dan dapatkan tips macam mana nak
travel under budget atau kata omputih
“without break your bank” haaa
gitueww catchy sanagt title hahaha !
Chao!

Comments
Post a Comment